ni artikel yg sya copy paste dari KPN oleh OctopussyGEWANG, WARNA dan SAINS
Tindakan dari kesan warna adalah berbeza mengikut sebagaimana kadar penembusan cahaya kedalam air.
Ini membuatkan pemilihan gewang dan warnanya menjadi teka-teki dan penuh soalan sains.
Dikatakan majoriti ikan dapat melihat warna dengan baik memandangkan komposisi mata ikan terdiri dari
bebatang dan kon. Penglihatan pada waktu siang dilakukan menggunakan sel-sel kon. Sel-sel ini menjana
kepada info tentang warna yang dilihat. Manakala bebatang dalam mata ikan pula bertindak sebagai ejen
penglihatan pada waktu malam. Bebatang ini lebih mengfokuskan akan kekuatan atau terang cahaya-cahaya
yang ada. Didalam gelap, tidak ada kekuatan untuk mengenal warna.
Mengenal jenis dan sifat ikan adalah amat penting, adakah mereka ini yang keluar mencari makan pada waktu
siang atau hanya pada waktu malam. Langkah pertama memilih warna adalah jelas. Pada waktu malam kita
memerlukan satu kaedah untuk menarik perhatian pemangsa malam lebih kerap. Dan pada sebelah siang kita
memerlukan pemilihan umpan/gewang yang lebih menarik perhatian dari segi warna, rupabentuk, bergetar dan
sifat pemantulan cahaya yang hebat. Untuk contoh > ikan seperti Bass adalah ikan siang manakala ikan Walleye
adalah ikan malam. Kadar penglihatan ikan Trout seperti Rainbow Trout dan Brown Trout juga hebat. Ikan-ikan
ini mampu membezakan dan melihat sinar spektrum warna dan mempunyai kebolehan melihat objek berwarna
dan menentukan samada objek itu dekat atau jauh. Ikan-ikan ini mampu membezakan jarak objek dalam jangka
waktu yang amat singkat melalui mengenal warna.
- O O O O O O O -
Cahaya bertindak berbeza tatkala beroperasi didalam air. Jarak gelombang warna yang panjang terdiri dari warna Merah, Oren,
Kuning, Hijau, Biru, Biru Tua (indigo), dan Ungu. Kesemua akan diserap sebaik sahaja mencecah air. Warna-warna ini akan
menjadi pudar dan menjadi hitam sebaik sahaja sentuhan pertama di air. Cahaya warna merah akan diserap secara total
apabila berada pada kedalaman 15-20kaki yang pertama. Oren pada kedalaman 30-40kaki dan Kuning pada kedalaman
60-70 kaki. Hijau dan Biru dikatakan akan bergerak jauh kedalam lagi selagi cahaya dapat menembusi dasar air. Kadar
cahaya akan berkurangan semasa bergerak menuju dasar. Mudah, kadar terang cahaya akan semakin malap.
Pada kedalaman 40kaki, warna kuning masih lagi kuning akan tetapi kekuatan warna ini tidaklah seterang sewaktu berada
diluar air.Kejernihan air dan aktiviti di air juga perlu diambil kira. Menggunakan warna merah pada tundaan gewang di selat
yang dalam tidaklah sama dengan penggunaan gewang yang sama di air sungai jernih yang bergerak laju. Penggunaan
gewang pada kadar kedalaman 10-12 kaki di selat yang dalam menunjukkan warna merah masih ujud. Manakala apabila
digunakan di sungai jernih berarus laju, warna merah ini hanya bertahan beberapa saat sahaja. Warna putih dan perak (silver)
adalah warna-warna yang bertindak efisien untuk menggewang di air yang dalam. Juga pilihlah gewang yang memantulkan
cahaya yang baik. Ini kerana warna-warna ini akan menjadi halimunan dalam masa sekejap sahaja seandai perairan itu
mempunyai latarbelakang dan sifat warna hijau atau biru.
Image
Carta pemilihan warna mengikut kadar kekuatan cahaya matahari yang digunapakai di Jepun, Puerto
Rico dan US untuk menentukan pemilihan tepat bagi pemancingan ikan Billfish seperti Layaran dan
Mersuji.
CUADA MENDUNG ATAU LANGIT YANG TERANG?
Pada hari yang mendung, cahaya tidaklah begitu kuat dan terang. Tindakbalas warna tidaklah begitu baik pada cuaca sebegini.
Ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian tatkala memancing pada waktu dan cuaca sebegini. Semakin gelap langit, semakin
kurang cahaya yang ada. Kita perlu tahu bagaimana memanipulasi pengetahuan dan penggunaan warna dalam cuaca seperti
langit gelap penuh awan hitam (mendung), langit terang penuh awan (50/50), langit terang tanpa awan (cahaya matahari yang
banyak).
PANCINGAN SIANG ATAU MALAM?
Seperti di perenggan pertama tentang bebatang dan kon mata ikan disini kita melihat pertukaran
fungsi kon dan bebatang pada mata ikan. Pada waktu senja dan menghampiri malam, kon tidak lagi begitu
aktif dan bebatang mata ikan akan memainkan peranan. Warna-warna sudah semakin pudar mengikut
kekuatan cahaya di luar dan dalam air. Di sini kita boleh menggunakan warna-warna yang terang dan
gelap mengikut kesesuaian cahaya dilangit. Warna merah adalah paling sesuai tatkala senja tiba. Ini
kerana warna ini bertentangan dengan cahaya di langit dengan kadar kontras yang baik. Hari yang
semakin bergerak, kita gunakan skala pemilihan warna bermula dari warna merah pada awal pagi. Diikuti
dengan warna biru, hijau, kuning dan oren.
Melihat terangnya langit dan cuaca akan membantu kita memilih warna gewang dengan baik. Kita perlulah
rajin mencuba sebanyak mungkin jenis-jenis gewang yang mahu digunakan. Ilmu tentang cuaca, kadar
terang cahaya, kadar jernih air, kedalaman air, jenis ikan pilihan membantu kita memilih warna gewang
yang sesuai untuk digunakan.
Pada awal perenggan tadi, kita bicarakan sains memainkan peranan penting dalam pemilihan warna.
Namun, rasa dihati dan naluri juga mampu membantu. Tidak semua perkara yang kita baca ini mampu
menolong. AWAS! cuaca akan bertukar-tukar, sifat pemakanan ikan akan berubah-ubah kerana bunyi
bising dan ragam pemangsa lain. Kadar PH dan suhu air berubah. Hari ini gewang warna merah akan laris,
esok sudah tak laku. Pada waktu malam, kawanan ikan akan berpecah dan ikan-ikan ini akan melihat
kontras apa jua pergerakan mangsa pada permukaan air (hasil dari kadar cahaya dilangit). Disini lah
pengetahuan tentang fasa peralihan cahaya bulan perlu digunakan.
Keseluruhannya,
apa jua percubaan yang rajin dan konsisten akan membuahkan hasil yang diinginkan. Ingatlah satu
perkara, kita boleh menggunakan apa jua bau, rasa dan getaran pada gewang, tetapi sekiranya ikan tidak
dapat melihat dengan baik warna dan jarak mangsa untuk diterkam-makan,anda KALAH! Disebabkan
itulah warna adalah komponen penting dalam pengembaraan menggewang anda.